Program NILAM



1. Memupuk amalan dan minat membaca di kalangan murid-murid .


2. Menggalakkan murid-murid banyak membaca supaya mereka tidak
membuang masa untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.


3. Memupuk dan menanam kemahiran belajar dan membaca sendiri di kalangan murid-murid agar mereka dapat belajar berdikari, matang dan berdisplin.


4. Mengadakan tempat yang selesa untuk murid-murid membaca bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.


5. Membekalkan bahan bacaan yang terkini dan menarik untuk murid-murid membaca.


6. Melatih dan menggalakkan para guru memperkenalkan bahan bacaan yang terkini kepada murid-muridnya supaya pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan berlaku di dalam kelas.


7. Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang
menyeronokkan dan berkesan











TATACARA PENGUNAAN i-NILAM


Ini adalah sedikit informasi bagaimana untuk menggunakan sistem i-NILAM, terima kasih kepada laman blog PKG Bidor











iQ-PSS 2011
Kemaskini iQ-PSS 2010 telah tamat. iQ-PSS 2011 semua sekolah telah dijana oleh sistem. Semua GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan.

ps-SENTRAL server upgrade
Kerja-kerja naiktaraf server ps-SENTRAL (Sistem automasi pusat sumber) sedang dijalankan demi kemudahan anda di masa hadapan.

Utiliti Import Data SMM ke i-NILAM
1.Telah boleh digunapakai oleh semua Guru Data.
2.Sila ikut arahan bantuan satu-persatu yang dipaparkan dalam skrin Utiliti Import.

Program Automasi i-NILAM dan iQ-PSS 2011
Makluman kepada semua BTPN, PKG dan Sekolah seluruh Malaysia:
Program NILAM atas talian (i-NILAM) dan Penarafan Pusat Sumber Sekolah atas talian (iQ-PSS) bagi tahun 2011 masih diteruskan dan berjalan seperti biasa. Sila patuhi arahan dan maklumat yang dipaparkan di sini dari masa ke semasa bagi mengetahui tindakan yang perlu anda ambil.

iQ-PSS 2010 dan iQ-PSS 2011
1.Semua GPM dan PTP PKG dikehendaki melengkapkan iQ-PSS 2010 sebelum 31/01/2011.
2.iQ-PSS 2011 boleh diambil tindakan MULAI 01/02/2011.

Naik Kelas Murid Sesi 2010 ke 2011 (HANYA BAGI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN i-NILAM 2010)
1.Klik butang 'Naik kelas murid sesi 2010...' di skrin utama i-NILAM.
2.Ikut tatacara/arahan yang dipaparkan di skrin Naik Kelas.

Kemaskini Rekod Bacaan Murid dan Aktiiti Rakan Pembaca
1.Data Rakan Pembaca boleh dikemaskini mulai 24/Jan/2011.
2.Rekod Bacaan Murid boleh dikemaskini mulai 28/Jan/2011.

Cetak sijil i-NILAM Keseluruhan dan sijil i-NILAM Tahunan
Sebelum cetak sijil sila pastikan perkara berikut:
1. Sila semak dan kemaskini alamat sekolah
2. Sila upload logo sekolah untuk digunakan sebagai watermark (background) sijil.